Thursday, 27 October 2011

SaLaM PenGeNaLaN : APa ItU SeNi ?

MAKSUD / DEFINISI SENI VISUAL


Menurut kamus dewan seni membawa maksud :
• Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan ,ia juga membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.


Visual pula dari segi bahasa bermaksud:
• tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.


Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.


PENGKELASAN SENI VISUAL
Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan perekaan.
Pengkaryaan
• Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.
Perekaan
• Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.


PERANAN SENI VISUAL
Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.
Peranan psikologi
• Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Peranan sosiologi
• Peranan Seni Visual dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ).


PENGALAMAN ESTETIK
Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada :
Pengalaman langsung
- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.
Pengalaman intelektual
- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

No comments:

Post a Comment